Kami di Jommoutdoor mempunyai trip water rafting menarik. Anda patut baca maklumat di bawah untuk mengetahui maklumat lanjut, seterusnya menyertai mana-mana trip berkenaan.
Antaranya ialah enam trip berakit (water rafting) oleh Rafting Malaysia membabitkan lokasi di Kuala Kubu Baru, Ulu Slim, Selama, Sungkai, Sedim dan Gopeng.
Semua lokasi ini sangat menarik dan sudah sedia terkenal sebagai destinasi water rafting yang popular di negara ini.
Destinasi water rafting unik
Contohnya Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu; ia destinasi untuk aktiviti white water rafting dengan jeram sungai yang deras gred 1 hingga gred 4.
Uniknya sungai ini mempunyai air yang sangat jernih dengan pergerakan rakit memerlukan sehingga tiga atau empat jam, bergantung pada keadaan air pada satu-satu masa.
Begitu juga trip di sungai Slim River. Ia sepanjang kira-kira enam kilometer dengan tiga peringkat jeram, iaitu gred 1, gred 2 dan gred 3.
Uniknya Sungai di Ulu Slim ni sangat berbatu dan banyak laluan sempit serta selekoh tajam yang sangat memerlukan ketahanan fizikal dan mental.
Contoh lain ialah sungai di Selama, Perak. Aktiviti water rafting di sini biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam.
Manakala di Sungai Kampar, Gopeng, Perak juga menjanjikan aktiviti water rafting yang sangat menarik. Laluan di sini juga sangat mencabar dengan jeram berliku.
Pemandangan di sini juga sangat unik dengan latar hutan yang cantik dan memukau.
Untuk maklumat lanjut mengenai semua trip water rafting, anda rujuk di sini.
Apa anda boleh harap dari trip kami?
Sangat banyak. Ini terutamanya keseronokan, kepuasan dan berbaloi dengan perbelanjaan yang anda keluarkan.
Lebih penting, trip pengembaraan kami sangat mengutamakan aspek keselamatan. Kami tidak kompromi dengan semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam setiap trip yang kami anjurkan.
Malah, jurupandu kami di Jommoutdoor sangat terlatih dan berpengalaman. Komitmen kami sudah tentu untuk mencipta keseronokan dan kepuasan. Namun, ia dilaksanakan dengan cara mematuhi semua peraturan perlu.
Dan, apa yang kami rancang menerusi trip kami, semuanya sesuai dengan tahap kecergasan setiap peserta trip kami.
Untuk maklumat lanjut atau buat tempahan, anda boleh kunjungi laman web kami di www.jommoutdoor.com.
Follow kami di social media:
0 Comment