Aktiviti outdoor bukan sahaja menyeronokkan, malah banyak manfaat. Namun, aktiviti ini lebih bermakna jika etika dan prinsip asas diamalkan sebaik mungkin sepanjang menjalani aktiviti berkenaan.

Ini terutamanya supaya aktiviti outdoor bukan sahaja menyeronokkan, malah tidak mendatangkan mudarat terhadap alam semulajadi.

Sekurang-kurangnya ada tujuh prinsip utama patut diamalkan oleh sesiapa sahaja sepanjang aktiviti outdoor di mana-mana sahaja.

Tujuh Prinsip Utama

Tujuh prinsip utama berkenaan yang dikenali juga sebagai Prinsip Tanpa Jejak (Principles of Leave No Trace) ini bertujuan menjadikan aktiviti outdoor hanya memberi impak paling minimum terhadap alam semulajadi.

Prinsip asas dan mudah ini tidak semestinya terpakai untuk aktiviti di dalam hutan belantara. Ia turut terpakai hatta ketika berada atau berekreasi di satu taman kecil, malah di halaman rumah sendiri. 

Tuju Prinsip berkenaan ialah:

Prinsip 1: Rancang lebih awal dan bersedia

Merancang dan bersedia lebih awal sebelum melakukan aktiviti outdoor adalah sangat penting dan perlu bagi mengelak kesan buruk terhadap alam semulajadi.

Prinsip 2: Aktiviti di atas permukaan tahan lama

Apa juga aktiviti outdoor sama ada bergerak atau berkhemah, perlulah utamakan di kawasan yang permukaan tanah atau batu tahan lama atau kukuh. Elakkan kawasan mudah runtuh, rosak dan terhakis.

Prinsip 3: Buang sisa secara betul

Selalu diingat bahawa apa juga aktiviti outdoor mungkin memberi kesan kepada orang atau hidupan lain. Justeru, amalkan membuang sisa yang  sudah tidak digunakan, secara betul.

Prinsip 4: Jangan usik apa yang anda temui

Apa juga yang ditemui sepanjang perjalanan atau aktiviti outdoor perlu ditinggalkan tanpa usik walau ia dirasakan sangat menarik pada pertimbangan dan citarasa anda.

Prinsip 5: Minimumkan kesan api unggun 

Unggun api, pembakaran atau dapur memasak ada kesan pada alam sekitar. Cuba minimumkan kesannya sepanjang aktiviti outdoor.

Prinsip 6: Hormati hidupan liar 

Belajar menghormati hidupan liar dan tumbuhan semulajadi. Jangan cuba ganggu mereka. Dan, jangan rosakkan habitat mereka.

Prinsip 7: Bertimbangrasa terhadap orang lain 

Hormati dan bertimbangrasa terhadap orang lain atau kumpulan lain yang juga menjalankan aktiviti outdoor seperti anda. Minimumkan bunyi atau kebisingan di persekitaran.

Untuk lebih banyak info dan panduan mengenai aktiviti outdoor, sila like, follow dan share laman web serta Facebook kami.

Klik sini untuk join trip outdoor yang akan datang